Tepat jam kul 12,genaplah 100 hari menuju ke hari yang penting,burfday aku!
heheh
Kepada kawan2 ku,anda mempunyai masa yang cukup untuk membeli hadiah..heheh
Datuk Dr Hj Fadhilah Kamsah telah membuat kajian selama 25 tahun berkenaan personaliti berdasarkan bulan kelahiran..
Aku letakkan sekali kajian beliau berkenaan bulan ogos...bulan lahir aku r...
heheh
OGOS - Suka berlawak
- Mudah tertawan padanya
- Sopan santun dan caring terhadap orang lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Tegas dan bersikap kepimpinan
- Pandai pujuk orang lain
- Terlalu pemurah
- Ego dan nilai harga diri yang sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yang luar biasa
- Cepat marah dan mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yang sangat tajam dan teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yang berdikari
- Suka memimpin dan dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dalam bidang seni,hiburan dan silat
- Tersangat sensitif tetapi tidak mudah merajuk
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
- Belajar untuk tenang
- Kelam kabut
"Keayuan adalah kebijaksanaan wanita. Kebijaksanaan adalah kecantikan lelaki."
Petang tadi, dalam perjalanan nak ambil adik aku dari sekolah, aku perhatikan sekeliling..rumah besor,kete besor,awek besor..(hehhe..). Timbul kat hati aku perasaan jeles kat diorang (kecuali kat awek besor la). Yer r,kalau nak dibandingkan dengan aku, kehidupan aku dan famili tak sekaya diorang. Diorang mampu dapat apa yang diorang nak. Memang jeles..kadang2 aku berharap yg kekayaan diorg berpindah kat aku (ish2....)
Tp biler fikir balik,aku pun kire beruntung gak, apa yang aku nak dapat,walaupun bukan semua. Jangan tengok jauh,cube tengok kawan2 kita yang kadang2 nak makan sekali sehari pun berjimat giler.Ni wat ak terase dan insaf. Duit yang mak ayah aku bagi suka hati jer belanja,tak pikir pun susah payah diorang cari. Kadang2 kita main order je duit, tepon mak ayah mintak duit..pastu dpt duit kita blanje untuk benda lain.
Renung2kan dan selamat beramal:D
Wassalam
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)
Yeah! Tepat jam 1 tghari, kerete abah aku menuju keluar pintu gate menandakan kehidupan di matrik sudah berakhir. 10 bulan yang dipenuhi suka duka dimulai dengan pendaftaran kemasukan dan diakhiri dengan ujian MunSyI. 10 bulan nie rase macam sebulan dua. Rasa baru macam bulan lepas kenal daftar masuk bilk sekali dengan fizam,afif,ali. Rase bru macam kelmarin mini kakom berlangsung. Dan rasa baru macam semalam gelak2,ejek2,hepi2 dengan bdk2 prak. Nostalgia betul...
Kali pertama jejak kaki kat matrik, aku berasa sungguh sedih dan kecewa sebab tak dapat tawaran ke U lain. Dulu,bagi aku,matrik ni merupakan tempat yang second class. Minta maaf aku cakap,tapi inilah perasaan aku mula2 datang. Aku amat berharap yang kehidupan di matrik berakhir cepat. Orang pertama aku kenal; fizam, lepas tu afif dan ali. Pastu akmal hakim. Cuma 5 orang sekawan yang ader kat aras 4. Awal2 masuk,pergh..orientasi menyeksakan dan memboringkan. Aku ingat lagi yang aku kene denda pumping dengan afif depan org ramai sbb lewat datang program faci. Malu gilos...Kene bangun lak pepagi buta gi surau. Dahla aku nie jenis lewat bangun. Ish2...
Masuk plak minggu belajar, jumpe kawan2 baru.. di F4P2. Mula2 masuk,sumer muka toye,muka innocent sorang2. Orang pertama yang aku kenal kat prak ; USOP. Hahha,buat aku tergelak jer bila pikir balik. Minggu pertama tetiap ari datang bilik aku,blajo math. Hehhehe..semangat giler mamat sorang nie. Pastu aku kenal HAFEZ..Aku pikir nie mesti anak org kaya,sombong,bongkak,riak dan macam2 lagi la. Salah rupenyer sangkaan aku, die seorang yang peramah dan senang wat kawan. Pastu aku kenal AIMI@KATANG. Aku mencari gak saper budak mrsm yang sama ngan aku dalam kelas..dapat jugak sorg kawn. First time tgk dier,mesti budak nie alem ulamak,tak ngata orang ngan senang wat kwn. Rupe2 nyer sumer salah kecuali yang last skali jer betul.Hahhaha...
Pastuh datang dua orang sekawan, FATIN dan ADAH. Diorang datang jumpa aku,ajak study group ngan diorang. Aku pun setuju ngan ajakla aimi skali. Fisrt impression, bagus budak2 nie.rajin study; tetiap malam la aku ngan aimi gi library. Dan,aku ingat lagi, di library la aku kenal NAIM dan bertegur sapa ngan die. Tak tegor dalam kelas sebab ingatkan dia nie jenis pendiam dan serius. Rupe2 nyer dier nie jenis gila2. Seronok kawan ngan dier. Selain tu,ALEP...ketua prak kitorang...hahahah (gelak jap), mula2,jujurnya agak menyampah gak sebab tahap mencapap dier melebihi aku. Aku baru nak offer diri jadi ketua prak tapi dia dah chop dulu.Cis..hahah.Erm,kawan yang paling sporting dalam kelas aku n ak respek dier...xpenah kalahkn dier dlm exam...huahuahua
Erm,saper lagi ek. Ha...IZWAN.Budak jati Pilah yang jadi teamate aku untuk amali kimia. Pendiam je aku tengok tapi sekali dah pakat ngan AZHAR mengata aku,haish,nek angin gak. Azhar plak dah macam abg aku plak,sket2 nasihat,sket2 nasihat..(masa mule2 masuk la).SALLEH plak pertama kali tengok dia ingatkan sebaya,rupe2 pangkat abg. Baik ngan tertib je cakap. Then, ZAZA dan TIMOH. Aku ingat lagi first time aku cakap ngan dua orang nie ari Jumaat on the way gi kelas agama. Diorang tanya aku,dengan tertibnya mana aku tinggal. Aku pun jawab balik dengan tertib..hahah. Pertama kali berbual aku dapat rasakan yang diorang berdua ni sensitif dan setiakawan. Ade sorang bdk prak, takut gak tengok dier.APIH....giler la wei,aku ingat dier gengster besor,rupe2 nyer suke bergurau ngan wat lawak bodoh.
Saper lagi ek....urm,MAHIRA. Hehehe,nak bgtau satu rahsia,mase mula2 kelas,bagi aku la..budak perempuan yang paling lawa dia r. Hahaha. Seorang yang peramah walaupun 1st time bersembang. Bagi aku yang len2 ok,cume slack satu jer, free hair. KAlo bertudung,manis tengok (Sori ek mahira,ckp menda yang betul) Then, aku kenal YUN YUN, chinese yang pendiam dan kadang2 anti sosial. Mase mula2 tegor dier, Tanya sepatah,jawab sepatah. Sekarang nie,okla..dah bleh bawak bergurau. (Nak gi tgk movie cine ngan dier nanti….hehhee)
Ha….YAYA! Heh,mase mula2 sembang ngan dia pun dah kene ceramah. Punyer la dier nasihat aku,blajo elok2…macam mak tiri lak…hehhe. SHEN HAW lak aku tegor dier dalam kelas bi. Tanye maksud perkataan. Then,HANI. Mentang2 la aku bekas budak mrsm,jadi dia pun berbual2 ala orang skema.hahahha.Soalan pertama dier tanya bukan pasal aku tapi pasal tutor math. MAI plak, aku Cuma start tegor dia 2 minggu lepas bukak kelas. Itupun cakap sepatah dua. Muke serius je,tapi sekarang ok ar.
HASYIM pun sama macam hani. Berbual kali pertama dengan dier mase dier tanya aku soalan tutor fizik. Ingatkan hasyim nie trgolong dalam budak skema, tp x kot. Ahhahaa. KATHY and ANA or ANA n KATHY...x dpt beze weh..pelik tol…orang len kata byk beza…ak slalu tersilap panggil…hahahha..diorang dua nie peramah dan suka menyembang cume Kathy kurang sket la….
Banyak lagi aku nak citer….tapi untuk setakat nie la ek…yang penting aku nak simpulkan yang kehidupan aku kat matrix dengan bdk2 kelas merupakan antara yang terbaik!
Wassalam
"Say what you want to say when you have the time,tomorrow maybe one day late. Our deepest regrets are words unsaid and things undone"
Saturday, February 14, 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dapat jugak aku cari peluang nak mengisi blog ni pada hari ini.
Aku nak ulas sedikit mengenai situasi yang berlaku sekarang. Perkembangn terbaru mengenai ISRAEL....Sekarang nie aku kurang berminat mengulas situasi politik tempatan yang memualkan...Dua2 pihak BN dan PR gila kuasa dan tidak pedulikan kehendak rakyat.Najib dan Nizar layak dicop penderhaka kerana merekalah yang memaksa Paduka Sri Sultan terlibat sekali dalm pergolakkn ini
Rakyat Malaysia seolah2 terlupa yang umat Islam baru dijangkiti barah yang amat serius iaitu pencerobohan di Gaza.Aku gunakan perkataan pencerobohan sebab Zionis Laknatullah adalah penceroboh tanah umat Islam. Bukankah yang sedang jatuh ini adalah Islam? Yang sedang dihina ini ialah Allah dan RasulNya? Bukankah yang sedang dihina-hina seluruh dunia ini ialah agama Allah? Tidak perasankah sejak sekian lama Allah dan RasulNya telah dihina Yahudi? Kenapa baru sekarang kita sibuk-sibuk nak boikot barangan keluaran Yahudi @ Israel. Walhal telah sekian lama kita menyuntik dana kepada mereka, menyumbang kepada kekuatan ekonomi mereka, walaupun sedikit.
Merekalah KHALIFAH @ PEMERINTAH muka bumi ini sekarang. Segalanya kepunyaan mereka, kuasa besar Amerika mereka jadikan tunggangan, PBB & Majlis Keselamatannya, media, ekonomi, rokok, makanan, minuman, rokok, hiburan, rokok, itu yang lahirnya.
Yang seni-seni kita macam tidak perasan, ataupun buat-buat tak perasan. Mereka telah menakluki cara berfikir kita, kita rasa kita sudah berfikir secara Islam, namun hakikatnya kita silap, kita belum berfikir secara Islam. Hiburan yang mengisi jiwa dan roh kita pun bersumber dari sana.
Boikot barangan Israel?
Tiap kali Gaza diserang, itulah modal umat Islam. Konon nak meruntuhkan ekonomi Israel. Bersemangat. Bertempik, berteriak, membakar bendera sehingga terjegil biji mata. Keluar segala mazmumah, nafsu amarahnya. Bukannya keluar kasih sayang dan ketenangan yang diajar dalam Islam.
Kaki-kaki demonstrasi ini tahu, selama ini minda bangsanya dijajah dan dijahanamkan Yahudi mereka buat tutup sahaja sebelah mata. Habis berdemontstrasi, rokok buatan Yahudi juga yang dihisapnya.
Demostrasi umpama menyiram najis dengan air najis juga, bukan menyucikan, malah semakin menjijikkan. Apa akan terkesankah Yahudi dengan demonstrasi? Malah akan puas hati mereka melihat umat Islam marah-marah begitu.
Tidak akan sekali-kali Yahudi dan Nasara redha selagi kita tidak menjadikan cara hidup mereka sebagai cara hidup. Kita sudah pun terperangkap dengan cara hidup mereka itu kerana mereka sangat kenal dengan kehidupan orang Islam yang sebenar. Mereka amat tahu bagaimana hendak merosakkan kehidupan orang Islam, supaya kita akhirnya tidak selamat di dunia mahupun akhirat. Mereka menganjurkan cara kehidupan yang sesuai dengan yang disukai nafsu.Menganjurkan program yang ditaja secara halus sehingga kita tersasar dari Tuhan. Semuanya dituju kepada nafsu manusia terutamanya orang muda dan remaja kerana mereka adalah waris perjuangan.
Contohnya:
1. Nafsu sangat suka dengan permainan bolasepak. Taktik permainan yang menumpukan segala usaha untuk merebut bola dan memasukkan bola dalam pintu gol sangat menyeronokkan nafsu. Maka berbagai pertandingan peringkat negara mahupun antarabangsa ditaja dan disiarkan di kaca-kaca TV yang melalaikan umat sejagat. Bukan sahaja permainan ini mencetuskan pergaduhan dan pertaruhan di mana-mana tempat di dunia, yang penting ia melalaikan para remaja Islam dari bersolat disamping tidak menutup aurat.2. Muzik secara fitrah sangat disukai manusia terutamanya remaja. Dalam hiburan, selain berbagai rentak muzik yang menjadi kegilaan, para penyanyi juga disanjung-sanjung dan dijadikan idola. Mendengar sesuatu yang melalaikan dan keterlaluan adalah dihukumkan haram. Bilamana kita membuat dosa, kita sebenarnya meletakkan titik-titik hitam di hati kita. Semakin lama ia bertimbun, semakin gelaplah hati itu, sehingga suatu masa tertutup hati dari menerima kebenaran lagi.
3. Makanan – makanan yang haram akan menjadi darah daging dan membuatkan hati menjadi gelap. Makanan yang syubhat juga akan membuatkan hati menjadi gelap. Contoh: minuman Coke ( dan segala minuman keluaran F & dan - yang menjadi kegilaan ramai). Minuman dalam tin adalah tajaan Yahudi sebenarnya yang melumpuhkan generasi akhir zaman. Kerana minuman itu menyebabkan berbagai penyakit dalam badan termasuk diabetis (kencing manis). Itu secara lahiriahnya. Bila banyak makan ubat kencing manis, maka akhirnya dapat penyakit buah pinggang, akhirnya tak mampu berjuang.
Makanan seperti ayam goreng segera Kent adalah haram dimakan orang Islam. Apabila ayam tidak disembelih mengikut syariat, hakikatnya kita makan bangkai. Bila makan bangkai, hati kita gelap. Begitu juga dengan rangkaian restoran makanan segera lain seperti MekDi, Pizahat dll.
FIkir-fikirkanlah
Wassalam
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik"
Alhamdulillah,akhirnya smpai juga aku kat rumah...bertolak pukul 10.30 mlm dan sampai pada pukul 4 pagi. Penat giler (wahal bukan aku bwk keter)...Memang sedih sebab bukan selalu balik kg kedah. Mase aku salam sedara mara aku,aku nampak tok ak mengalirkan air mata,huhuhu...sedih tengok cucu kesayangan dia nak balik dah..aku pun sedih gak tapi telah diubati dengan pemberian angpau dari makcik2 aku..hahha.Seblum balik dapatla rm50 dari diorang.Ada yang bagi duit merah,duit hijau.sekrg nie duit biru tak main r....hehehe
Aku sempat ikut makcik aku pergi pasar sungai yan (org kedah panggil nanyan). Yang buat aku sakit ati,bukan sorg,4 orang pijak sandel yang ak bru beli. cis,bedebah. diorang ingat kaki diorang cantik sangat. jd kudung kang..hahhaha. Pagi seblum balik,aku sempat tengok anak buah aku,name die siti aimi fadhilah. comei2...hahah..secomei bapak sedara dier :P
(siti aimi fadhilah...anak buah aku :))
petang nie aku kene balik matrik balik....urm..study2..chaiyok2...moga2 dikabulkan Allah tempat yang aku impikan....
sekian...
wassalam
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba sebelum nyawanya sampai di kerongkong" (Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)