Friday, June 19, 2009

utm…

salam alaik

alhamdulilah. Untuk upu aku dapat tawaran universiti teknologi malaysia dalam bidang kejuruteraan petroleum dan mengikut jadual aku patut daftar pada 28hb jun 2009. Sementara tu aku sedang menunggu kemasukkan ke UTP diumumkan. lagi satu 23hb nie ada temuduga kementerian pelajaran untuk ke luar negara. pening gak….

p/s: masa pas spm satu tawaran tak ada,sekarang ada 2,3 tawaran..nak pilih mana satu?

Tuesday, June 16, 2009

shell?kpm?

salam alaik

alhamdulilah, aku dapat tawaran shell untuk universiti tempatan. Takpela, kira ok la walaupun impian aku nak further study kat overc. Mengikut pe yang Puvanish kate, all expenseDSC00044s kat local u akan ditanggung dan monthly allowance rm550 then dapat laptop allowance. jadi kire ok r.

tapi, 23hb nie aku ada interview kpm overc under skim latihan tenaga pengajar matrikulasi….nak pegi ke x???

Monday, June 8, 2009

terharu~

salam alaik...
sudah lama aku tak 'posting' kat 'blog' ni...dah lama betul..
kebetulan mood lak datang,jadi menulis la aku sekejap.

'Accident' yg aku kena ari tu membuatkan aku terpikir sekejap,baper banyak lagi masa aku ada kat muka bumi ni...ada lagi hutang yang aku belom bayar [ye ker?],banyak lagi dosa belum terampun,banyak lagi amanah yang belum selesai...jadi aku terharu yang ALLAH bagi aku kesempatan lagi hidup.lagi stu aku terharu DIA bagi aku peringatan jangan bawak laju-laju lain kali..[hehehe]'

Aku terharu yang 'parent' aku tak marah aku walaupun kejadian tu menyebabkan mobiliti keluarga aku lumpuh sementara...[hehhe]Malah mereka bagi sokongan lagi supaya lagi satu kereta diremukkan dalam keadaan hilai tawa...[pedas perli tu]..kemalangan yang jadi hari tu ibarat tak berlaku...kecuali lepas ni aku pergi kerja naik bas r...

Kawan-kawan yang ambil berat,telefon,msj,komen fster aku ketika kejadian pun membuatkan aku terharu...Ini membuktikan yang aku rasa bernilai skali...[walopun ade antara mereka yang meminta aku topupkan mereka balik..ish3] tQ2...

Tanggal 7 Jun 2009, cikgu kesayangan aku, Puan Nurul melangsungkn perkahwinan dengan buah hati beliau...terharu aku tengok sirna bahagia dekat muka mereka..yela..selama ni teacher nurul solo..rasa happy sekali

kpada leeyeah n dayah,aku terharu sekali hari ni korang belanja aku breakfast,duit minyak,kerepek,gula masam2 manis dan lain2..hhehe[jasamu dikenang]

dan yang paling aku terharu hari ni adalah sokongan ikmal dan parent dia dalam rencana masa depan aku. gaya sokongan 'parent' ikmal seolah2 aku sudah menjadi sebahagian dalam konurbasi 'famili' dia ...terharu2...

terima kasih semua!

Thursday, April 30, 2009

under construction!!

assalamualaikum dan salam sejahtera


Jealous and envy. The two synonym words explained why I'm trying to change my blog appearance. The other blogs so fantastic and colorful which in contrast with mine. SO.....wait for the new make-up,k:)

Tuesday, April 28, 2009

kisah cinta [lagii...]

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Atok yang bercerita pasal mamat,ct ngan nur nak bercerita lagi...

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak ‘join’, diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah ‘couple’. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
Saya mula berfikir, “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..’ALL OUT’lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam ‘gayut’. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber’couple’ tu, tidak terasa pun kehilangannya.
Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.
Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.
Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A’raf, surah ke 7,ayat ke 1

Macam2 atok citer (atok pun amek kat org len..huhu)....
Nak citer lagi?Nak berkongsi kisah>??
Gi kat http://profiles.friendster.com/angahcrazyagain


rm300!!

assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tepat pukul 10.40pg tadi,dengan gembiranya aku menyambut posmen yang datang rumah aku,dengan harapan mana r tau surat yang datang tu surat scholarship ke,surat cabutan bertuah ke...TAPI

SURAT SAMAN!!

bawak lebih had 70km/j....ak bwk 91km/j...ish3

nasi sudah menjdi bubur,minyak sudh jd asap..:(

Monday, April 27, 2009

korg lupe x?




Adakah kau lupa

(Have you forgotten?)
Kita pernah berjaya
(That we were once triumphant)
Adakah kau lupa
(Have you forgotten?)
Kita pernah berkuasa
(That we were once powerful)

Memayungi dua pertiga dunia
(Guarding two thirds of the world)
Menrentas benua melayar samudera
(Across continents, across oceans)
Keimanan juga ketaqwaan
(Faith and also bewaring)
Rahsia mereka capai kejayaan
(Their secrets to reach victory)

Bangunlah wahai anak bangsa
(Wake up my people)
Kita bina kekuatan jiwa
(We build up our soul's strength)
Tempuh rintangan perjuangan
(Facing the challenges of this struggle)

Gemilang generasi yang silam
(The glorious past generations)
Membawa arus perubahan
(Brought the waves of change)
Keikhlasan hati dan nurani
(With sincere heart and soul)
Ketulusan jiwa mereka berjuang
(With true spirit they stood up)

Sejarah telah mengajar kita
(History has thought us)
Budaya Islam di serata dunia
(Islam's way of life through out the world)
Membina tamadun berjaya
(Built thriving civilizations)
Merubah mengangkat maruah
(Changed and uplifted dignities)

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”

[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]